Berfikir Sebelum Bertindak !!!
23 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet PPR Kg. Batu Muda giat mempromosikan kempen berita palsu dalam kalangan komuniti setempat. Ini bertujuan untuk memastikan komuniti setempat tidak menyebarkan berita atau informasi palsu yang boleh membawa padah. Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuka ruang mencari kesahihah berita dan informasi yang diterima oleh komuniti melalui portal Sebenarnya.my, media social MCMC dan lain-lain platform. Apa pun berfikir sebelum bertindak dalam menyebarkan sesuatu informasi yang diterima dan sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara bagi menjamin keharmonian dan keamanan rakyat dan negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: